Apakah yang berlaku semasa kajian ini?

Kajian mengambil masa sehingga 72 minggu (sehingga 17 bulan) dengan 29 lawatan untuk ujian dan 2 penginapan di hospital.

*Pada penamatan kajian, anak anda akan mempunyai pilihan untuk mendaftar dalam kajian susulan jangka panjang di mana kesihatan anak anda akan dipantau untuk tempoh tambahan selama 15 tahun.

Siapakah yang boleh menyertai?

Penyaringan

Sebelum memulakan kajian, anda perlu memberi kebenaran kepada anak anda untuk mengambil bahagian dengan menandatangani Borang Persetujuan Termaklum. Bergantung pada umur mereka, sesetengah kanak-kanak juga boleh memberi kebenaran dengan menandatangani Borang Persetujuan Termaklum. Doktor kajian akan kemudian mengumpul maklumat dan menjalankan ujian untuk memastikan kajian itu sesuai untuk anak anda.

Ujian lain

Rawatan dan Susulan

Kajian ini mempunyai 2 tempoh rawatan bersama 2 tempoh susulan:

Bagaimanakah OAV101 diberi?

OAV101 diberikan sebagai suntikan sekali ke bahagian bawah tulang belakang (suntikan intratekal).

Apakah itu OAV101?

Apakah jenis ujian yang akan dijalani ke atas anak saya?

Beberapa ujian yang akan dijalani ke atas anak anda semasa kajian termasuk:

*Pemeriksaan kesihatan mental mungkin tidak dikenakan kepada kanak-kanak di bawah umur 7 tahun.

Ini hanyalah sebahagian daripada ujian yang akan dilakukan semasa kajian. Anak anda tidak akan melakukan semua ujian pada setiap lawatan. Sila bincang dengan doktor kajian untuk maklumat lanjut.

Penjaga akan diminta untuk mengisi soal selidik tentang cara SMA anak mereka mempengaruhi kehidupan seharian mereka.